More
    Home Malaysia 68 keluarga asal Sarawak yang terjejas akibat banjir di semenanjung mendapat perhatian...

    68 keluarga asal Sarawak yang terjejas akibat banjir di semenanjung mendapat perhatian daripada PPSKL

    KUALA LUMPUR, 25 DISEMBER 2021 (SNN) : Seramai 68 keluarga berasal dari Sarawak yang terlibat dalam bencana banjir di Selangor, menerima bantuan bekalan makanan dan keperluan asas daripada Sarawak Volunteers dan Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PPSKL).

    Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengarah PPSKL, Awang Supian Awang Daud, dengan kebanyakan keluarga terbabit tinggal di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, iaitu seramai 47 keluarga.

    Sumbangan berupa keperluan asas dan lain-lain diserahkan sendiri oleh Pengarah PPSKL

    Keluarga dari Sarawak lain yang turut terjejas akibat banjir di Selangor turut menerima bantuan yang mana melibatkan mereka yang tinggal di kawasan Klang, Balakong, Dengkil, Cheras dan beberapa kawasan lain di sekitar Shah Alam.

    Penghantaran bantuan ini juga susulan arahan Penaung Sarawak Volunteers yang juga Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, supaya anak Sarawak yang terjejas akibat banjir di Semenanjung dikenal pasti dan dibantu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...