More
    Home Sarawak Kuching Sesi persekolahan bagi penggal 3, 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu

    Sesi persekolahan bagi penggal 3, 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu

    KUCHING, 25 DISEMBER 2021 (SNN) :Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada semalam memaklumkan sesi persekolahan bagi Penggal 3, 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu mengikut Kumpulan A dan Kumpulan B.

    Menterinya Dr Radzi Jidin berkata, langkah ini dibuat selepas mengambil kira kesan banjir besar yang melanda negara baru-baru ini. Sehingga 24 Disember 2021, terdapat 475 buah institusi pendidikan di seluruh negara dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air.

    “Sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu. Ini bermakna sekolah akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 10 Januari 2022 bagi negeri-negeri (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) Kumpulan B,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Jumaat.

    Sementara itu, KPM menerusi kenyataan medianya berkata, penangguhan sesi persekolahan ini juga melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM dan semua sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan.

    “Manakala, pengoperasian bagi sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat adalah mengikut kalendar persekolahan masing-masing. Bagi tadika yang berdaftar bawah KPM, pengoperasian dibenarkan mulai 2 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B,” kata kenyataan itu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...