More
    Home Malaysia Kelulusan Pindaan RUU MA63 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara langkah pertama...

    Kelulusan Pindaan RUU MA63 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara langkah pertama kearah memperkukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak

    KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER 2021 (SNN) : Pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibentangkan hari ini telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa sebarang bantahan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pindaan yang diluluskan oleh Dewan Negara baru-baru ini dengan sokongan majoriti dua pertiga daripada para senator merupakan langkah pertama bagi merealisasikan perjuangan Sarawak termasuk Sabah untuk mendapatkan hak-hak yang terhakis sebelum ini.

    “RUU ini dapat mengembalikan kedaulatan dan hak negeri Sarawak dan Sabah dengan pengiktirafan MA63 dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, pindaan ini turut memberi pengiktirafan kepada MA63 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana sebelum ini tiada rujukan dibuat Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan sidang media di perkarangan Dewan Rakyat, semalam.

    Sidang media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

    Tambah Ahli Parlimen Santubong itu lagi, pindaan ini juga membolehkan pentafsiran definisi ‘ras asli’ ditentukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui undang-undang Negeri secara mutlak selain pindaan ini juga turut memberi pengiktirafan kepada “Hari Malaysia” yang mana ia telah dimasukkan ke dalam tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

    Jelasnya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada senator-senator dan semua ahli parlimen Dewan Rakyat yang telah menoyokong Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan MA63 yang mana ianya akan menjadi saksi kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia akan lebih kukuh. Langkah ini juga penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan masa depan Sabah dan Sarawak dalam mencapai kemajuan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...