More
    Home Sarawak Kuching Jumlah pelajar berhenti sekolah hingga mencecah 21 ribu orang sejak Mac 2020...

    Jumlah pelajar berhenti sekolah hingga mencecah 21 ribu orang sejak Mac 2020 sangat membimbangkan-Dr Maszlee Malik

    KUCHING, 23 DISEMBER 2021 (SNN) : Ahli Parlimen Simpang Renggam,Dr. Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara ini telah berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

    Melalui perkongsian ciapan di Twitternya, bekas Menteri Pendidikan itu turut melampirkan jawapan bertulis Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin sebagai respons soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad di Parlimen baru-baru ini.

    Dalam soalan bertulis itu, Noor Amin meminta Mohd Radzi menyatakan jumlah pelajar yang berhenti persekolahan dari Mac 2020 sehingga kini.

    Perkongsian perbahasan soalan jawab berhubung isu pelajar berhenti sekolah yang ikongsikan oleh Dr. Maszlee

    Mohd Radzi menjelaskan, berdasarkan data bagi tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang berhenti sekolah adalah seramai 11,301 orang atau 0.24 peratus murid manakala bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10,015 orang atau 0.21 peratus murid direkodkan berhenti sekolah.

    Ini bermakna, jumlah keseluruhan murid yang berhenti persekolahan bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21,316 orang atau 0.22 peratus murid dan faktor-faktor yang menyebabkan mereka ini berhenti sekolah harus diteliti serta dipandang serius oleh pihak kementerian agar perkembangan generasi masa akan datang tidak akan terjejas.

    Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan keciciran daripada sistem pendidikan sebagai situasi yang mana murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat atau menghabiskan tempoh pendidikan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...