More
    Home Dunia Gempa Magnitud 7.5 gegar Indonesia, penduduk panik amaran tsunami dikeluarkan

    Gempa Magnitud 7.5 gegar Indonesia, penduduk panik amaran tsunami dikeluarkan

    JAKARTA, 14 DISEMBER 2021 (SNN) : Penduduk panik selepas gempa dengan kekuatan 7.5 dilaporkan melanda kawasan 113 Kilometer Barat Laut Larantuka, Nusantara Timur Tengah (NTT) dengan amaran tsunami dikeluarkan sekitar jam 11.20 pagi pada waktu tempatan.

    Memetik laporan daripada BERNAMA, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menjelaskan gempa yang berpusat di kawasan berdekatan Barat Laut Larantuka pada kedalaman 10 km itu menyebabkan pihaknya mengeluarkan amaran awal tsunami bagi kawasan Maluku, NTB, NTT, Sulawesi Selatan dan Sulawesi Utara.

    Gemp dengan kekuatan magnitud 7.5 dilaporkan dengan ancaman tsunami dikeluarkan

    Tambah kenyataan itu lagi, selang beberapa minit gempa susulan turut dilaporkan di daerah berdekatan yang dikeluarkan di laman Twitter rasmi Jabatan Meteorologi Indonesia. Setakat ini, tiada lagi maklumat berhubung kerosakan harta benda dan kehilangan nayawa dilaporkan.

    Hal ini menarik perhatian warganet yang turut berkongsikan keadaan semasa gegaran yang dapat dirasai di beberapa daerah dan berharap agar situasi kembali seperti sedia kala. Penduduk di kawasan terjejas diminta terus berwaspada kerana paras air laut dikatakan sudah mulai naik.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...