More
    Home Sarawak Kuching Operator kren terputus dua selepas dihempap kren tumbang di Petanak

    Operator kren terputus dua selepas dihempap kren tumbang di Petanak

    KUCHING, 02 DISEMBER 2021 (SNN) : Seorang operator kren terbunuh apabila sebuah kren tumbang sebelum menghempap mangsa di Jalan Petanak di sini, pada malam Rabu.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam sekitar 7.12 malam sebelum mengerahkan sepasukan bomba ke lokasi.

    Menerusi kenyataan itu, mangsa dikenali sebagai Manggi Nanjus, 51, dari Kampung Praya, Padawan yang tersepit di bawah kren berjaya dikeluarkan namun hanya sebahagian badan mangsa iaitu kepala dan bahagian atas badan mangsa, manakala sebahagian lagi masih tersepit.

    Usaha mengembalikan kren pada kedudukan asal sedang giat dijalankan

    Pihak kontraktor sedang berusaha membuat kerja-kerja mengorek disebabkan kesukaran mengembalikan kren pada kedudukan asal bagi usaha mengeluarkan bahagian badan mangsa keseluruhannya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program MCMC Microsoft AI TECH fokus lahirkan rakyat Malaysia celik teknologi...

    0
    KUCHING, 27 APRIL 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak komited dalam menunjukkan komitmennya dalam memacu transformasi digital menerusi Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 dengan menjadikan ekonomi...