More
    Home Sarawak Betong Mohd Chee Kadir pertahankan kerusi DUN Kabong , rakyat masih mahukan pembangunan...

    Mohd Chee Kadir pertahankan kerusi DUN Kabong , rakyat masih mahukan pembangunan di bawah GPS

    KABONG, 27 NOVEMBER 2021 (SNN) : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, Mohd Chee Kadir akan dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi DUN Kabong berikutan rakyat di kawasan berkenaan menyambut baik kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang menjadi wakil rakyat di Kabong demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam lawatan kerja beliau di Kabong, semalam.

    Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberitahu, Kerajaan GPS juga mengutamakan corak kepimpinan yang adil dan terancang serta memberi latihan terbaik kepada golongan muda bagi melahirkan pemimpin berjaya disamping langkah tersebut sangat penting bagi memastikan Sarawak terus ditadbir urus dengan baik oleh anak tempatan.

    “Sebagai contohnya di kawasan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Wahab Aziz telah memaklumkan kepada kepimpinan GPS untuk mengundur diri tidak bertanding pada pilihan raya akan datang bagi memberi peluang kepada generasi muda.

    “Kita (kepimpinan GPS) akur dengan keputusan itu dan bersedia mempertahankan kerusi terbabit dengan meletakkan calon baharu untuk bertanding. Jika diberikan mandat menjadi wakil rakyat, calon baharu itu akan meneruskan aktiviti pembangunan di kawasan ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Penjaja Kabong, semalam.

    Ketua Menteri merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Penjaja Kabong

    Di samping itu, Ketua Menteri turut menjelaskan dalam kepimpinan kerajaan Sarawak tidak berlaku budaya perebutan kuasa atau menyingkirkan antara satu sama lain malah GPS mengamalkan konsep pemimpin bertukar ganti apabila tiba waktunya. Selain itu, GPS turut mengamalkan sekurang-kurangnya wakil rakyat dikekalkan selama dua penggal ataupun wakil rakyat itu sendiri mengumumkan undur diri bagi memberi ruang kepada muka baharu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak...

    0
    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan...