More
    Home Malaysia Lebuhraya Pan Borneo bakal tingkatkan jaringan pengangkutan dan sektor ekonomi Sarawak apabila...

    Lebuhraya Pan Borneo bakal tingkatkan jaringan pengangkutan dan sektor ekonomi Sarawak apabila siap sepenuhnya kelak-Menteri Kanan Kerja Raya

    JULAU, 20 NOVEMBER 2021 (SNN) : Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak yang sedang giat dilaksanakan bakal menjadi pemangkin kepada sektor ekonomi dalam kemajuan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) serta meningkatkan jaringan pengangkutan di seluruh negeri selain membolehkan Sarawak mencapai taraf negeri maju.

    Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, perancangan pembinaan projek lebuhraya berkenaan adalah hasil perancangan yang rapi dan sistematik diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP).

    “Perancangan pembinaan lebuhraya ini meruapakan hasrat kerajaan pusat untuk mengulangi semula kejayaan membina lebuhraya yang ada di Semenanjung Malaysia. Seperti yang kita maklum, rangkaian jalan raya yang baik mampu meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi selain memberi impak kepada transformasi pembangunan luar bandar secara tidak langsung.

    “Di samping itu, projek LPB Sarawak ini juga bakal memperluaskan jaringan pengangkutan yang mana bermula dari Telok Melano hingga ke Miri seterusnya Limbang dan Lawas. Selain itu, dengan adanya lebuh raya ini nanti jalan perhubungan ke daerah-daerah dan pekan-pekan akan terhubung secara langsung ke kawasan pertumbuhan yang berpotensi seperti pelabuhan, kawasan perindustrian serta pusat-pusat komersial di sepanjang jajaran jalan raya,” kata beliau semasa berucap dalam Majlis Pembukaan Jalan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi Pakej 07 Seksyen Julau yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

    Perasmian Pembukaan Lebuhraya Seksyen Julau oleh Ketua Menteri di Dewan William Mawan, Julau.

    Tambahnya, Seksyen Julau yang dilaksanakan oleh Hock Seng Lee-Dhaya Maju Infrstructure Asia JV merupakan sebahagian daripada tiga seksyen bermula dari Persimpangan Bintangor hingga ke Jambatan Sungai Kua dengan panjang keseluruhan 75 Kilometer. Skop pembinaan bagi Seksyen Julau tersebut melibatkan kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan yang sedia ada sepanjang 28.5 km.

    Pada masa yang sama, dengan siapnya pembinaan Seksyen Julau pada 28 Oktober 2021 lalu penduduk sekitar kini boleh bergerak dengan lebih selesa dari bandar Sibu seterusnya ke bahagian-bahagian lain susulan geometri jalan telah ditambah baik dan jalan juga lebih lebar dari yang lama.

    Jelas beliau, pembinaan lebuhraya ini juga secara tidak langsung melahirkan serta meningkatkan kemahiran tinggi dalam bidang vendor, perunding, pembekal dan kontraktor dengan adanya penglibatan anak tempatan Sarawak. Ini jelas membuktikan impak positif yang dibawa oleh projek berkenaan mampu melahirkan tenaga mahir dari kalangan anak Sarawak yang nanti akan memberi sumbangan kepada pembangunan negeri ini.

    Hadir sama Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan; Datuk Julaihi Narawi, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan; Tan Sri William Mawan Ikom, penyandang kerusi DUN Meluan; Rolland Duat Jubin, penyandang DUN Meradong; Datuk Ding Koung Hiing dan penyandang kerusi DUN Repok; Dato Sri Huang Tiong Sii.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...