More
    Home Malaysia Berikan GPS mandat lima tahun lagi untuk terus membawa pembangunan kepada Sarawak-Datuk...

    Berikan GPS mandat lima tahun lagi untuk terus membawa pembangunan kepada Sarawak-Datuk Julaihi

    SEBUYAU, 19 NOVEMBER 2021 (SNN) : Berikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mandat kuasa memerintah negeri Sarawak bagi tempoh lima tahun lagi untuk meneruskan agenda pembangunan Sarawak pada pilihan raya akan datang demikian kata Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dalam ucapan beliau di Dewan Serbaguna Kampung Segali, Sebuyau, semalam.

    Beliau yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau turut menjelaskan, pembangunan infrastruktur yang telah dibawa oleh GPS selama ini membuktikan kerajaan Sarawak komited untuk membawa kemajuan dan taraf sosioekonomi rakyat. Salah satunya adalah projek yang sedang dibangunkan di kawasan Sebuyau ini yang sudah pasti akan memberi impak besar kepada perubahan taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar.

    Beliau yang hadir di Kampung Segali pada Khamis bertujuan menyaksikan penyerahan tawaran kontrak bagi projek baikpulih mini bund dan pembesaran sungai Segali oleh agensi pelaksana DID kepada wakil kontraktor Magenta Master Sdn Bhd. Kerja-kerja membaikpulih berkenaan dijadualkan siap sepenuhnya selama enam bulan bermula tarikh penyerahan kontrak. Ini bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk yang masih bergantung kepada Sungai Segali untuk sektor pertanian dan nelayan kecil keluar menangkap hasil laut.

    Datuk Julaihi menyaksikan penyerahan kontrak oleh agensi pelaksana DID kepada kontraktor yang dilantik di Dewan Masyarakat Kampung Segali

    Selesai majlis penyerahan kontrak di Kampung Segali, pada sebelah petang Datuk Julaihi beserta rombongan bergerak ke Kampung Sungai Ladong bagi lawatan kerja melihat perkembangan projek yang sedang dilaksanakan selain menyaksikan penyerahan kontrak projek mini bund kepada kontraktor Daya Andi Enterprise. Projek itu juga dijangka siap dalam tempoh lapan bulan bermula dari tarikh serahan kerja dilakukan.

    “Pelaksanaan projek-projek rakyat ini membuktikan kerajaan di bawah GPS serius untuk membawa perubahan kepada Sarawak khususnya kawasan luar bandar melalui dasar dan agenda pembangunan yang jelas. Seperti di kawasan Sebuyau ini kita dapat melihat projek berimpak tinggi contohnya projek Jambatan Batang Lupar dan projek pembinaan tangki air yang akan menyalurkan bekalan air bersih 24 jam kepada penduduk apabila siap kelak,” tegas beliau.

    Dalam pada masa yang sama, Datuk Julaihi menasihatkan agar semua pihak terutama pemimpin peringkat kampung dan ranting bekerjasama serta bersatu untuk menyuarakan keperluan bagi kawasan masing-masing kepada wakil kerajaan agar dapat terus menyalurkan pembangunan. Sebagaimana di kawasan Kampung Sungai Ladong ini hasil kerjasama penduduk dan pemimpin masyarakat banyak projek-projek rakyat sedang dan dalam senarai pelaksanaan seperti penyambungan elektrik, sambungan internet, serta pembinaan padang futsal dan dewan masyarakat yang telah siap bakal memberi manfaat kepada penduduk kampung.

    Jelasnya, perubahan pembangunan yang terus berlaku pada masa sekarang dan masa akan datang membuktikan dasar dan agenda pembangunan yang dibawa oleh GPS mempunyai hala tuju yang jelas. Maka dengan itu tidak ada parti lain yang mampu membawa pembangunan kepada negeri Sarawak selain GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Pilihan raya pada kali ini kita harus memastikan GPS memenangi kawasan Sebuyau dan seluruh kawasan DUN Sarawak amnya agar dapat meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...