More
    Home Sarawak Kuching Terlibat dalam penyalahgunaan dadah 12 individu termasuk seorang wanita ditangkap dalam satu...

    Terlibat dalam penyalahgunaan dadah 12 individu termasuk seorang wanita ditangkap dalam satu serbuan di Kampung Tabuan Hilir

    KUCHING, 16 NOVEMBER 2021 (SNN) : 12 individu termasuk seorang wanita berusia 21 tahun hingga 44 tahun antara yang dicekup oleh polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching dalam satu serbuan di Kampung Tabuan Hilir sekitar jam 10 pagi semalam dan kesemua suspek disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

    Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ashmon Bajah, semasa serbuan yang dilakukan oleh polis dalam Ops Tapis beberapa orang suspek telah melarikan diri dan ada diantara mereka nekad terjun ke dalam sungai. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek didapati positif dadah jenis Amphethmine.

    Manakala seorang lagi suspek lelaki yang telah terjun ke dalam sungai telah meninggal dunia akibat lemas. Tujuh daripada dua belas suspek dilaporkan mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau dadah. Setakat ini kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Kesemua suspek ditahan dan dibawa ke balai bagi tindakan selanjutnya.

    Selepas itu pada jam 10.05 pagi, pihak polis turut berjaya menahan 3 lelaki dan seorang perempuan warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 23 tahun hingga 40 tahun disebuah rumah di Kampung Tabuan Hilir.

    Hasil pemeriksaan telah menemui 7 paket plastik berwarna merah dan satu paket lutsinar yang mana di dalamnya mengandungi serbuk ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu diruang tamu rumah tersebut (A/B: 9.77 gram). Kesemua suspek ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program MCMC Microsoft AI TECH fokus lahirkan rakyat Malaysia celik teknologi...

    0
    KUCHING, 27 APRIL 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak komited dalam menunjukkan komitmennya dalam memacu transformasi digital menerusi Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 dengan menjadikan ekonomi...