More
    Home Business Nadiah Wan muncul sebagai CEO wanita Melayu termuda dalam senarai 'Power Businesswomen...

    Nadiah Wan muncul sebagai CEO wanita Melayu termuda dalam senarai ‘Power Businesswomen 2021’ Forbes Asia

    KUCHING, 05 NOVEMBER 2021 (SNN) : Kekuatan dan kemampuan kaum wanita dalam bidang perniagaan tidak boleh disangkal lagi. Kebanyakan daripada mereka sudah membina dan mencipta rekod sendiri dalam mencapai kejayaan yang dikuasai oleh kebanyakan kaum lelaki.

    Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob, seorang wanita berusia 37 tahun yang bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Thomson di Kota Damansara, telah menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Power Businesswomen 2021 Forbes Asia selain beliau juga muncul sebagai CEO paling muda yang berjaya memasuki senarai Forbes Asia.

    Memetik laporan yang disiarkan oleh AWANI, Nadiah diiktiraf atas usahanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TMCLS, di mana beliau memperkenalkan pasukan petugas khas COVID-19 dan melancarkan aplikasi mudah alih, menyediakan penjagaan pesakit, saringan dan penilaian kepada perkhidmatan pemulihan dan penghantaran ubat.

    Beliau dilantik sebagai pengarah eksekutif TMCLS pada Februari 2019 namun sebelum itu beliau merupakan ketua pegawai operasi di Pusat Perubatan Sunway dan dinaikkan pangkat sebagai pengarah pembangunan perniagaan dan komunikasi korporat pada Oktober 2016.

    Nadiah yang memiliki Ijazah Sarjana Kesihatan Awam (Pemakanan) dari London School of Hygiene and Tropical Medicine di UK dan ijazah akademik dalam Sains Biokimia dari Harvard College, Amerika Syarikat kini turut berkhidmat sebagai naib presiden Kelab Harvard Malaysia.

    tersenarai sebagai salah seorang dari 20 ahli perniagaan wanita terbaik di Asia yang dikeluarkan Forbes Asia, membuktikan Nadiah berjaya menonjolkan diri mereka yang telah menyesuaikan diri dan berkembang maju di tengah-tengah situasi pandemik COVID-19.

    “Nama dalam senarai kami tahun ini memegang peranan kepimpinan merentas industri merangkumi perbankan dan ekuiti persendirian kepada pembuatan, penjagaan kesihatan dan teknologi. Kesemua mereka telah membuktikan pencapaian baru – dan dalam banyak kes mereka (berjaya) mengembangkan perniagaan–walaupun pandemik yang berlarutan.

    “20 wanita ini, dalam usia lingkungan 30-an hingga 70-an dari seluruh rantau Asia-Pasifik berjaya menunjukkan bahawa jantina dan umur tidak boleh menjadi batu penghalang kepada kejayaan,” kata Forbes Asia dalam satu kenyataan mengumumkan senarai untuk tahun ini.

    Kenyataan media Forbes yang mengumumkan kejayaan Nadiah sebagai salah seorang ahli perniagaan wanita berjaya tahun 2021.

    Ia menambah bahawa semua wanita yang ditonjolkan tahun ini adalah pendatang baharu dan dipilih atas pencapaian mereka dalam menguruskan sama ada perniagaan dengan hasil yang besar atau perniagaan baru yang bernilai lebih AS$100 juta (RM414.9 juta).

    Menurut Forbes Asia lagi, TMCLS yang merupakan salah satu pengendali penjagaan kesihatan terbesar untuk wanita dan kanak-kanak di Singapura mencatatkan hasil sebanyak RM201 juta, naik 6 peratus, untuk tahun kewangan yang berakhir pada Jun walaupun dunia ketika ini dilanda dengan pandemik COVID-19 yang memberi kesan ke atas industri pelancongan perubatan Malaysia.

    “Keuntungan selepas cukai ialah RM20 juta, meningkat 86 peratus tahun ke tahun, terutamanya disebabkan oleh liabiliti cukai tertunda. Pelan pengembangan TMC termasuk kapasiti tiga kali ganda di hospitalnya kepada 600 katil, dan menambah dua makmal kateterisasi, 154 klinik pesakit luar, 11 suite bersalin dan sepuluh dewan bedah,” kata Forbes Asia.

    Individu lain dalam senarai Forbes Asia 2021 termasuk Marina Budiman warga Indonesia, pengasas bersama dan pesuruhjaya presiden DCI Indonesia-pengendali pusat data terbesar di Indonesia-dan Cao Xiaochun dari China, yang mengasaskan firma perubatan Hangzhou Tigermed Consulting pada 2004 bersama suaminya Ye Xiaoping.

    Jepun dan Singapura mempunyai wakil terbanyak dalam senarai Power Businesswomen 2021 Forbes Asia diikuti Indonesia, India, Korea Selatan dan Hong Kong yang masing-masing mempunyai dua wakil perniagaan manakala China, Australia, Taiwan, Filipina, Thailand dan Malaysia semuanya menampilkan seorang wakil perniagaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...