More
    Home Sarawak Kuching DUN Sarawak rasmi terbubar; SPR akan adakan mesyuarat khas bincang pelaksanaan PRN...

    DUN Sarawak rasmi terbubar; SPR akan adakan mesyuarat khas bincang pelaksanaan PRN Sarawak

    KUCHING, 04 NOVEMBER 2021 (SNN) : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sejurus pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak oleh Yang di-Pertua Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud diumumkan.

    Setiausaha SPR Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan pada Khamis memberitahu pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berhubung perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menamatkan Proklamasi Darurat (Sarawak) P.U. (A) 323 pada 3 November 2021 sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 P.U. (A) 324.

    Kenyataan media SPR Malaysia berhubung pembubaran DUN Sarawak dan penamatan Proklamasi Darurat

    Katanya, berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan. Di bawah Seksyen 3(4) Ordinan yang sama berkehendakkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.

    Menurut Datuk Ikmalrudin lagi, SPR Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut dan tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian oleh SPR.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...