More
    Home Sarawak Kuching Pemergian James Masing amat dirasai terutama warga kerja MIPD- Datuk Julaihi Narawi

    Pemergian James Masing amat dirasai terutama warga kerja MIPD- Datuk Julaihi Narawi

    KUCHING, 02 NOVEMBER 2021 (SNN) : Mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing merupakan seorang pemimpin yang mempunyai komitmen dan bertanggungjawab terhadap rakyat dan negeri Sarawak sejak menjadi ahli politik dan mewakili DUN Baleh selama lapan penggal.

    Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak (MIPD), Datuk Julaihi Narawi berkata, mendiang sangat menitik berat tentang pentingnya jalan perhubungan di luar bandar termasuk jalan perhubungan dan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan malah pemergian James Masing adalah satu kehilangan besar kepada kepimpinan di Sarawak, lebih-lebih lagi dalam kalangan rakan Bumiputera di negeri ini.

    “Secara peribadi, saya mengenali beliau sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman yang banyak menyumbang kepada pentadbiran serta pengurusan negeri Sarawak,” kata Julaihi mengulas mengenai pemergian James Masing di sini, pada Isnin.

    Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menegaskan, sumbangan dan jasa mendiang kepada pembangunan negeri Sarawak tidak dapat dinafikan. Pemergian James Masing, tambahnya, merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja di kementerian MIPD malah kepada seluruh rakyat Sarawak dan negara.

    “Saya mewakili keluarga dan warga kerja MIPD menzahirkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya lagi.

    James Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) – satu daripada parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) meninggal dunia pada usia 72 tahun pada Ahad selepas mengalami komplikasi jantung selepas dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat jangkitan Covid-19 sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah, Kuching.

    Penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri James Jemut Masing pada esok dihadiri Ketua Menteri dan kabinet negeri

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...