More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan Sarawak komited rapatkan jurang liputan internet di kawasan bandar dan luar...

    Kerajaan Sarawak komited rapatkan jurang liputan internet di kawasan bandar dan luar bandar

    LAWAS, 31 OKTOBER 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak serius dalam usaha merapatkan jurang liputan jalur lebar di kawasan bandar dan luar bandar dengan membelanjakan sebanyak RM1 bilion untuk melaksanakan program Sarawak Linking Rural, Urban And Nation-Sarawak Rural Broadband Network atau SALURAN-MySRBN.

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata pelaksanaan SALURAN-MYSRBN itu bertujuan memastikan penduduk di kawasan luar bandar turut menikmati perkhidmatan jalur lebar.

    “Jadi saya dengan rakan-rakan berbincang, kita mesti membantu orang luar bandar. Terpaksa kita bayar dan kita cari jalan. Dari situlah wujud MySRBN ini yang menggunakan satelit dan kita boleh berhubung menerusi satelit. Harganya biarlah GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang membayar untuk orang kampung.

    “Sejajar dengan hal itu, mahu tidak mahu masyarakat kini perlu mengadaptasi cara hidup baru dengan menggunakan teknologi digital dalam kehidupan harian untuk menjalankan perniagaan, pendidikan, berhubung malah dalam aspek perubatan,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sarawak Linking Rural, Urban And Nation (SALURAN-MySRBN) di Trusan, Lawas pada Ahad.

    Ketua Menteri diiringi Timbalan Ketua Menteri berarak masuk bagi merasmikan Majlis Pelancaran SALURAN-MySRBN di Lawas.

    Beliau dalam pada itu merakamkan terima kasih kepada Sarawak Multimedia Authority (SMA) kerana telah mengenal pasti sebanyak 150 lagi lokasi untuk dipasangkan MySRBN yang akan menjadi kemudahan kepada masyarakat di luar bandar. Tambahnya, selagi GPS memeritah kita ada hala tuju dari sudut ekonomi dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat termasuk di luar bandar.

    Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam amanatnya memberitahu SALURAN-MySRBN merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) untuk memperluaskan liputan jalur lebar.

    “Pelaksanaan inisiatif berkenaan juga selari dengan agenda digital ekonomi yang dilaksanakan oleh Ketua Menteri sejak 2017. Selain itu, ia juga merupakan usaha kerajaan negeri dalam menggalakkan masyarakat mengaplikasikan budaya digital ekonomi dalam kehidupan,” tegas beliau lagi.

    Hadir sama Pengerusi SDEC merangkap Ahli Lembaga SMA, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sebuyau; Datuk Julaihi Narawi, menteri-menteri muda lain, menteri-menteri persekutuan dan dif-dif kehormat yang lain.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...