More
    Home Sarawak Kuching Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19

    Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19

    KUCHING, 31 OKTOBER 2021 (SNN) : Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing telah meninggal dunia pada jam kira-kira pukul 7 pagi tadi di hospital akibat komplikasi jangkitan wabak Covid-19.

    Berita tentang pemergian Presiden Parti Rakyat Sarawak itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Abdullah Saidol melalui WhatsApp yang diterima wartawan pagi ini.

    Tan Sri James Jemut Masing yang juga memegang jawatan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak difahamkan telah lengkap menerima dua dos vaksin namun akibat masalah kesihatan yang dihidapinya mendiang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada September lalu.

    Difahamkan juga mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching. Salam takziah buat Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarga mendiang. Sarawak telah kehilangan seorang lagi pemimpin yang komited dalam kerjaya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...