More
    Home Sarawak Betong Impian rakyat Kabong memiliki mesin ATM kini menjadi kenyataan

    Impian rakyat Kabong memiliki mesin ATM kini menjadi kenyataan

    KABONG, 30 OKTOBER 2021 (SNN) : Umum mengetahui, Daerah Kabong dan Daerah Kecil Roban sejak dari dulu tiada kemudahan Bank atau Automatic Teller Machine (ATM). Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan dan bebanan kepada penduduk setempt untuk mendapatkan wang tunai di kawasan yang agak jauh seperti di Saratok, Betong atau Sarikei. Hal ini amat menyukarkan lebih-lebih-lagi semasa penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan pergerakan ke luar daerah tidak dibenarkan. Selain itu, perkembangan sektor ekonomi juga menjadi faktor utama mesin ATM ini suatu keperluan untuk penduduk di kawasan Kabong lebih-lebih lagi kedua-dua daerah terbabit kini semakin rancak dengan aktiviti ekonomi

    Keresahan penduduk kawasan DUN Kabong berkenaan keperluan Automatic Teller Machine (ATM) telah mendapat perhatian serius oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir. Setelah sekian lama berdepan kesukaran berikutan ketiadaan perkhidmatan perbankan, penduduk di Kabong dan sekitar kini akhirnya boleh menarik sedikit nafas lega dan memanfaatkan kemudahan mesin teler automatik (ATM) untuk melakukan transaksi kewangan tanpa perlu pergi ke Saratok atau pun Sarikei.

    Mohd Chee Kadir berkesempatan melihat sendiri proses pemasangan mesin ini oleh pihak berkenaan semalam di salah satu lokasi di pasar Kabong. Tambah beliau, kemudahan yang disediakan oleh pihak bank yang bertempat di sebuah kedai di Kabong ini sekali gus dapat merancakkan lagi ekonomi di sini.

    Proses pemasangan mesin ATM yang disaksikan sendiri oleh ADUN Kabong

    Jelasnya, perbincangan demi perbincangan yang telah diadakan bersama pihak bank dan kini akhirnya menjadi kenyataan bakal memudahkan segala urusan penduduk Kabong dan sekitar selain menasihatkan penduduk kawasan Kabong agar memanfaatkan sebaiknya kemudahan berkenaan dalam membantu meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...