More
    Home Malaysia Datuk Julaihi mahu kontraktor yang dilantik segerakan baikpulih jalan pesisir di laluan...

    Datuk Julaihi mahu kontraktor yang dilantik segerakan baikpulih jalan pesisir di laluan Simpang Tambey/Tembirat/Asajaya

    KOTA SAMARAHAN, 22 OKTOBER 2021 (SNN) : Keadaan jalan raya di sepanjang laluan persimpangan Kampung Tambey hingga ke Asajaya harus diatasi dengan segera untuk keselesaan rakyat dan pengguna jalan raya lain lebih-lebih lagi laluan tersebut merupakan laluan kedua utama selepas Lebuh Raya Pan Borneo.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, jalan pesisir yang merangkumi pakej PA1 bermula dari Kota Samarahan/Sadong Jaya Seksyen Satu dan Dua Bahagian Samarahan yang kini dalam proses pembinaan mengalami kerosakan harus disegerakan kerana kerap kali pihaknya menerima aduan dari orang awam malah wakil rakyat di kawasan itu.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menambah, kontrak projek bernilai RM11.9 juta yang dilaksanakan oleh syarikat Debesa Development Sdn Bhd bermula sejak 4 Februari 2020 untuk jangka masa 18 bulan (contract duration) dan 12 bulan DFL (Defect Liability Period) walaupun mengalami masalah kelewatan dan tidak menepati jadual mengikut laporan consultant, pihak kontraktor harus mengemukakan ‘catch up plan’ yang efektif, teliti dan menyeluruh agar kerja membaikpulih dapat disiapkan mengikut jadual.

    “Oleh kerana kelewatan itu saya sendiri datang ke sini untuk melihat tahap keseriusan kerosakan jalan di situ dan mahu kontraktor yang bertanggungjawab menyegerakan kerja-kerja baikpulih struktur jalan. Ini adalah suara rakyat maka tindakan segera harus diambil sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini disebabkan jalan raya yang rosak.

    “Saya meminta kontraktor berkenaan memberi fokus kepada jalan yang rosak teruk selain melakukan penyusunan dan pembersihan kawasan di bahu jalan yang kelihatan tidak kemas serta membahayakan pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media di Dewan Kampung Tembirat selepas mengadakan lawatan tapak pembinaan Projek Jalan Pesisir PA1 Kota Samarahan/Sadong Jaya Seksyen 1 dan Bahagian Samarahan di sini hari ini.

    Datuk Julaihi berucap pada sidang media selepas melawat keadaan jalan di sekitar Tambirat, Asajaya.

    Ujar beliau lagi, laluan ini adalah sama seperti laluan di Sadong Jaya di mana laluan ini merupakan sambungan jalan pesisir untuk ke Sebuyau dan pangkalan feri Sebuyau/Triso dan juga laluan untuk ke Kota Samarahan-Kuching. Ini bermakna jalan berkenaan sentiasa sibuk dengan kenderaan oleh hal demikian kontraktor dinasihatkan supaya mengatur pengurusan aliran trafik yang cekap semasa membuat kerja.

    “Pengguna jalan pesisir ini juga harus diingatkan agar sentiasa memberi kerjasama kepada pihak kontraktor semasa kerja-kerja membaikpulih jalan sedang dilaksanakan agar tidak berlaku kesesakan dan masalah lain yang timbul yang boleh mengganggu pihak yang melakukan kerja,”tegasnya.

    Turut hadir sama Dato Sri Karim Rahman Hamzah; Menteri Pelancongan & Belia merangkap ADUN Asajaya, YB Rubiah wang; Ahli Parlimen Kota Samarahan, Hj Berahim Lumpu; Residen Bahagian Samarahan, Ir Roland Ting; Ketua Unit Jalan Pesisir & Jln Utama Kedua ( CRSTRU) JKR, Ir Indra Sakti Harun; Jurutera JKR Bhg Samarahan, Kontraktor Development Sdn Bhd, Perundung Angun Tega Sdn Bhd, OPUS Consultant dan pemimpin tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...