More
    Home Malaysia Naik taraf Masjid Al-Muttaqin fasa 1 siap sepenuhnya dengan kos sebanyak RM10.35...

    Naik taraf Masjid Al-Muttaqin fasa 1 siap sepenuhnya dengan kos sebanyak RM10.35 juta-Datuk Julaihi Narawi

    KOTA SAMARAHAN, 15 OKTOBER 2021 (SNN) : Projek menaiktaraf Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan bagi fasa 1 yang melibatkan ubah suai dinding, bilik khas, tandas dan lain-lain dengan kos sebanyak RM10.35 juta telah siap sepenuhnya.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ahli lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bahagian Samarahan berkata, majlis menandatangani penyerahan dan simbolik kerja-kerja yang sudah siap dilaksanakan oleh kontraktor terpilih iaitu Polybuilding Construction Co. kepada Pengerusi Lembaga YB Datuk Mohd Naroden Majais dan disaksikan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) serta arkitek JUSA Architects Sdn Bhd bagi ruangan dalam masjid menandakan pembinaan fasa 1 masjid berkenaan telah siap sepenuhnya.

    Sementara itu, Datuk Mohd Naroden yang juga Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana merangkap ADUN Gedong menambah, masjid terbabit kini diteruskan dengan fasa 2 iaitu melibatkan hiasan dalaman masjid, dua menara, pagar dan landskap bernilai RM2.7 juta yang dijangkakan siap sepenuhnya pada Julai tahun hadapan.

    Datuk Julaihi bersama ahli lembaga yang lain menyaksikan simbolik penyerahan projek siap oleh Pengerusi Lembaga Amanah kepada wakil kontraktor

    “Pihak kita juga akan sedaya upaya berbincang dengan kontraktor bersama pihak berwajib agar sebahagian daripada masjid berkenaan dapat digunakan sekurang-kurangnya pada hujung tahun ini,” ujar beliau ketika hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Tapak Projek Siap Masjid Al-Muttaqin di Kota Samarahan pada Rabu.

    Jelasnya, pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Kota Samarahan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana telah meluluskan peruntukan bagi ubah suai masjid berkenaan kerana masjid yang mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah dalm satu-satu terbabit perlu dinaiktaraf untuk keselesaan jemaah di sekitar Samarahan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tahun baharu 2025 satu peluang buat Sarawak untuk melangkah lebih maju-Julaihi

    0
    KUCHING, 01 JANUARI 2025 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menzahirkan ucapan menyambut Tahun Baru 2025 buat seluruh rakyat Sarawak...