More
    Home Sarawak Kuching Bajet Sarawak 2022: Abang Jo umum belanjawan sebanyak RM10.036 Bilion sebagai langkah...

    Bajet Sarawak 2022: Abang Jo umum belanjawan sebanyak RM10.036 Bilion sebagai langkah pemerkasaan ekonomi negeri akibat Covid-19

    KUCHING, 13 OKTOBER 2021 (SNN) : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Selasa mengumumkan Belanjawan Bajet Sarawak 2022 berjumlah RM10.036 bilion sebagai usaha pemulihan ekonomi negeri akibat penularan pandemik COVID-19 sejak tahun lalu. Bajet Sarawak 2022 merupakan belanjawan negeri yang julung kalinya tidak dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan perintah darurat yang masih berkuatkuasa di Sarawak.

    Memetik laporan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semasa beliau bercakap dalam sidang media selepas pembentangan Bajet Sarawak 2022 susulan Mesyuarat Khas Bajet Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa, beliau memberitahu, kabinet memiliki kuasa untuk meluluskan peruntukan daripada dana negeri yang terkumpul. Anggaran hasil kerajaan negeri iaitu sebanyak RM10.036 bilion dan menjangkakan perbelanjaan biasa adalah sebanyak RM10.64 bilion, kerajaan negeri akan berdepan defisit sebanyak RM600 juta bagi tempoh setahun.

    “Buat pertama kalinya, kita berkongsi belanjawan negeri yang tidak dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan perintah darurat yang masih berkuatkuasa di Sarawak. Belanjawan ini akan kita fokuskan kepada usaha-usaha untuk memulihkan negeri dan membantu dari segi kelangsungan hidup rakyat,”katanya.

    Pembentangan Bajet Sarawak yang dihadiri barisan Menteri Kabinet Negeri Sarawak

    Pada masa yang sama, Ketua Menteri memberitahu, kerajaan negeri akan memperkenalkan dana khas dengan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu warga Sarawak berpendapatan rendah daripada sektor kelapa sawit dan pengusaha kecil. Antara langkah yang akan diperkenalkan adalah menyediakan skim dana pemerkasaan bagi memajukan komuniti perniagaan kecil untuk beradaptasi dengan norma baru terutama dalam sektor kelapa sawit dan lada termasuk petani dan nelayan.

    Sementara itu, beliau turut memaklumkan, perkara penting yang turut dilaksanakan pada tahun hadapan termasuklah Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 dengan peruntukan sebanyak RM285.47 juta dimana kita juga telah memperuntukkan skim baharu untuk rakyat iaitu Skim Bantuan Deposit Perumahan Untuk golongan B40 dan M40 sebanyak RM10,000 tunai, yang akan dimanfaatkan 1,200 pembeli rumah.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri tonjolkan kualiti huffaz muda di...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 26 FEBRUARI 2025: Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak 1446H/2025M yang dianjurkan di Dewan Suarah, Kota Samarahan telah melabuhkan tirainya dengan pencapaian membanggakan,...