More
    Home Sarawak Kuching Operasi SAR lima pemancing hilang ditangguhkan, tiada petunjuk baharu ditemui

    Operasi SAR lima pemancing hilang ditangguhkan, tiada petunjuk baharu ditemui

    KUCHING, 10 OKTOBER 2021 (SNN) : Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) empat pemancing dan seorang tekong bot yang hilang ketika kekuar memancing masuk hari ke tujuh ditangguhkan selepas tiada petunjuk baharu ditemui.

    Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus dalam sidang media berkata, keputusan itu diambil selepas berbincang dan mendapat persetujuan daripada kesemua ahli keluarga mangsa.

    “Walau bagaimanapun, operasi SAR masih dijalankan oleh APMM sendiri dengan meneruskan pencarian di laut menggunakan dua kapal,” kata beliau semasa sidang media di Jeti Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Kuching, semalam.

    Jelas beliau, komuniti maritim atau mana-mana pihak yang menjumpai petunjuk baharu berhubung kes tersebut diminta untuk melaporkan terus di mana-mana balai polis atau Balai Polis Santubong di talian 082-846222.

    Terdahulu, empat pemancing dikenali sebagai Ng Ching Hui, Christopher Teo, Yap Tze Kang dan Leo Dy Lee Jiann Tarn dan seorang tekong bot Khamizan Saidi dilaporkan hilang selepas didapati tidak pulang ketika keluar memancing di Karam Berumput sehingga Tukun Bass di Perairan Santubong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...