KABONG, 09 OKTOBER 2021 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong, Encik Mohd Chee Bin Kadir meluangkan masa menghadiri ceramah khas sempena menjelang Sambutan Maulidur Rasul 1443 Hijrah di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sessang, Kabong.
Majlis yang dimulakan dengan solat Fardhu Maghrib secara berjemaah seterusnya diadakan sesi ceramah khas sempena menjelang sambutan Maulidur Rasul 1443 Hijrah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Atta Bin Mostapa bertajuk “Bergembira Dengan Kehadiran Rasulullah SAW” dan disusuli solat Fardhu Isyak secara berjemaah.

Selesai solat Isyak Mohd Chee Kadir menyerahkan geran MRP ADUN Kabong kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Nyabor Sebanyak RM5000 dan sebanyak 8 bakul makanan kepada 8 veteran askar terpilih melalui Program MINDEF Prihatin & Program Bantu-Bantu Malaysia.
Pada majlis itu juga, beliau turut menyempurnakan simbolik penyerahan 30 kerusi kepada Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang, Masjid Lebai Mat Kampung Emplam, dan Surau Darul Taqwa Kampung Sungai Endot, Kabong. Kerusi-kerusi ini adalah hasil sumbangan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) & diwakilkan kepada Encik Nor-E Fadzwie Bin Salleh, untuk diserahkan kepada Masjid & Surau terpilih dalam kawasan DUN N.40 Kabong.
Turut hadir sama memeriahkan majlis Penghulu Haji Kamaluddin Bin Haji Rambli, Doktor Naqiyuddin Bin Nor Kadim, Pengarah Klinik Kesihatan Nyabor, KK Tuan Haji Abdolah Salim, dan KK Sabas Rosli bersama muslimin muslimat sekitar kampung.