More
    Home Sarawak Betong Mohd Chee Kadir mempengerusi taklimat Pembinaan Terusan Sungai Seblak sempena lawatan kerja...

    Mohd Chee Kadir mempengerusi taklimat Pembinaan Terusan Sungai Seblak sempena lawatan kerja Ketua Menteri pada Sabtu lalu

    KABONG, 23 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Bin Kadir telah mempengerusikan taklimat berkenaan projek Pembinaan Terusan di Sungai Seblak (Empayang), Kabong bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak sempena lawatan kerja YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 18 September lalu.

    Taklimat berkenaan diadakan susulan lawatan YAB Ketua Menteri Sarawak ke Daerah Kabong bagi melihat pelaksanaan projek terusan yang dianggap penting kerana mengambil kira faktor geografi dan faktor alam semulajadi yang memungkinkan hakisan tanah boleh berlaku di muara sungai berkenaan.

    Terdahulu, pada Lawatan Kerja YAB Ketua Menteri Sarawak ke Daerah Kabong Sabtu lepas, YAB Ketua Menteri telah diberikan taklimat berkenaan Projek Baik Pulih Koridor Sungai Seblak Kampung Sungai Benang, Kabong Oleh pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Sarawak.

    Hadir bersama ialah Encik Bartholomew A/L Emily Ayu, Jurutera Bahagian, Jabatan Pengairan Dan Saliran Betong, Encik Awangku Safaie Bin Awangku Sabli, Mewakili Pegawai Daerah Kabong, Penghulu Satu @ Michael Dajie Anak Awi, Tuan Haji Alwie Bin Haji Sapalie, Timbalan Ketua Cawangan PBB Kabong dan beberapa orang kakitangan Jabatan Pengairan Dan Saliran Betong.

    Sesi taklimat yang diadakan pada Rabu ..

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...