More
    Home Malaysia Datuk Julaihi tinjau perkembangan projek naiktaraf Jalan Simpang Jambatan Batang Sadong

    Datuk Julaihi tinjau perkembangan projek naiktaraf Jalan Simpang Jambatan Batang Sadong

    SIMUNJAN, 22 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkesempatan meluangkan masa bagi meninjau dan melihat sendiri kemajuan baik pulih dan naiktaraf jalan raya dari simpang sebelah Jambatan Batang Sadong menuju ke Kampung Sabun, Simunjan yang telah dilaksanakan sejak 08 Januari 2021 lalu.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta mewakili Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, projek naik taraf jalan sepanjang 9.43 Kilometer yang menggunakan teknologi CIPR (Cold In Situ Pavement Recycling Technology) itu menelan kos sebanyak RM25.6 juta dijangka siap sepenuhnya pada awal Januari 2022 ini.

    “Sehingga kini kemajuan sebenar di tapak projek ialah pada kadar 35.9 peratus berbanding jadual asal iaitu 38.14 peratus. Jalan ini lebarnya adalah 6.5 meter manakala bahu jalannya ialah 2.5 meter disebelah kanan dan kiri.

    “Jalan simpang dari Jambatan Batang Sadong menuju ke Kampung Sabun, Simunjan ini dicadangkan untuk menghubungkan Pekan Simunjan dan Jalan Pesisir melalui Jambatan Batang Sadong mahupun menghubungkan terus dengan Pekan Sebuyau dan Jambatan Batang Lupar yang sedang rancak dibina sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya pada Selasa.

    Datuk Julaihi melihat sendiri perkembangan terkini projek naik taraf jalan pada Selasa

    Jelas beliau, siapnya projek itu kelak akan memberi manfaat kepada penduduk di Daerah Simunjan khususnya mereka yang tinggal di DUN Simunjan dan DUN Sebuyau kerana jalan berkenaan menjadi penghubung antara jalan pesisir di sebelah Sadong Jaya dan Sebuyau dengan Lebuhraya Pan Borneo di sebelah Gedong dan Simunjan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...