More
    Home Sarawak Limbang Datuk Amar Awang Tengah lancarkan Mini Konvoi Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia...

    Datuk Amar Awang Tengah lancarkan Mini Konvoi Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia di Lawas

    LAWAS, 17 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah hadir dan melepaskan ‘Flag Off’ Mini Konvoi Jalur Gemilang Merdeka @Komuniti Lawas di Perkarangan Wisma Persekutuan Lawas pada Khamis.

    Konvoi Jalur Gemilang Merdeka @Komuniti Lawas tersebut turut disertai jabatan dan agensi kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Konvoi terbabit bergerak ke Punang dan mengelilingi sekitar bandar Lawas dan seterusnya kembali semula ke Wisma Persekutuan Lawas. Selepas itu, Datuk Amar Awang Tengah meneruskan perjalanan ke Limbang untuk berangkat ke Sabah bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan bagi mewakili Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

    Turut hadir sama Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidilah Abdul Latif, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pegawai Penerangan Daerah Lawas Idris Hasan dan Ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...