More
    Home Lain-lain Pembinaan kilang ais mini Sebuyau bakal beri manfaat kepada nelayan kecil-Datuk Julaihi

    Pembinaan kilang ais mini Sebuyau bakal beri manfaat kepada nelayan kecil-Datuk Julaihi

    SEBUYAU, 15 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Projek pembinaan kilang ais mini di persimpangan Sebangan, Sebuyau yang dilaksanakan di bawah IRSDA (Integrated Regional Samarahan Development Agency) akan membawa manfaat yang besar khususnya kepada nelayan kecil di sekitar Daerah Kecil Sebuyau.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, kilang ais mini ini penting bagi kawasan Sebuyau kerana kawasan ini mempunyai ramai nelayan dan pastinya bekalan ais diperlukan bagi memastikan hasil tangkapan laut sentiasa segar sebelum dijual di pasar.

    “Satu jawatankuasa kecil pertanian di bawah IRSDA telahpun mengenalpasti tapak pembinaan kilang ais berkenaan iaitu di dalam kawasan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) di simpang empat Sebangan,” kata beliau melalui suntingan di akaun Facebook miliknya pada Jumaat.

    Datuk Julaihi Narawi bersama jawatankuasa kecil pertanian IRSDA meninjau tapak pembinaan kilang ais yang telah dikenalpasti

    Jelas beliau, dengan siapnya pembinaan kilang ais mini itu kelak diharap dapat membekalkan keperluan ais kepada para nelayan di sekitar Sebuyau dari semasa ke semasa dan tidak perlu lagi menunggu serta membeli bekalan ais dari pembekal dari Kuching.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...