TELANG USAN, 04 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Hujan lebat dan keadaan air yang semakin naik di beberapa kawasan rendah sedang berlaku ketika ini memaksa pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telang Usan membuka Blik Gerakan Bencana sejak Jumaat sebagai langkah berjaga-jaga.
Tinjauan yang dilakukan oleh pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati beberapa kawasan seperti Pekan Long Lama, Kampung Long Miri Baram, Kampung Long Bemang Apoh, Kampung Long Atip Apoh, Kampung Long Wat Apoh, Kampung Long Ikang, Kampung Long Laput, dan Kampung Kayan Long Lama sudah mula dinaiki air.
Tambahnya, bagi penduduk atau kediaman mereka dinaiki air dan memerlukan bantuan serta perkhidmatan pengangkutan perahu boleh terus menghubungi Sunarti Siti Wen 010-5040798 dan Muhammad Harold Satu 016-9337011 yang berada di Bilik Gerakan Bencana.
Jelasnya, sumbangan bantuan akan disalurkan dengan segera sekiranya keadaan bertambah buruk dan penduduk terus diminta untuk mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh JPBD Telang Usan dalam menghadapi keadaan ketika ini.-SUMBER UKAS.