More
    Home Malaysia Seorang lelaki rentung selepas kenderaan dipandu terbabas lalu terbakar di Miri

    Seorang lelaki rentung selepas kenderaan dipandu terbabas lalu terbakar di Miri

    MIRI, 02 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Seorang lelaki ditemui rentung selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok sbeelum terbakar di Jalan Taman Awam, Miri malam tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan dsri orang awam berhuhung kejadian pada jam sekitar 10.50 malam sebelum mengerahkan sepasukan bomba ke lokasi.

    Sejurus tiba di lokasi kejadian pihak bomba bertindak memadam kenderaan yang sedang terbakar sepenuhnya dan didapati terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu kereta.

    Mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    Jelasnya, mangsa terbabit yang dikenali sebagai Tan Kaw Tee berusia 61 tahun maut ditempat kejadian.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Ilmu pendidikan merupakan ‘senjata’ utama dalam memperkasa daya saing agar tidak...

    0
    KUCHING, 24 APRIL 2025: Masyarakat Melayu di Sarawak perlu melengkapkan diri dan anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi memastikan mereka mampu bersaing...