More
    Home Malaysia Penyanyi terkenal Yuna berhasrat balik AS, siapkan album yang sudah lama dirancang

    Penyanyi terkenal Yuna berhasrat balik AS, siapkan album yang sudah lama dirancang

    KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2021 (SNN) : Penyanyi lagu ‘terukir di bintang’ Yuna, 35 tahun, meluahkan hasrat untuk kembali semula ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi meneruskan kerjaya muziknya selepas lebih setahun berada di tanah air, sejak Mac tahun lalu.

    Yuna berkata, dia tidak menyangka sudah lebih setahun ‘terkandas’ di Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Biarpun tidak memperincikan jangkaan waktu dia akan berlepas ke AS, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai berkata, dia mahu pulang ke sana demi meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbarunya.

    “Saya akan kembali ke Los Angelas dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, album berkenaan akan saya lancarkan pada hujung tahun ini. Saya juga akan memastikan dapat berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara.

    “Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dulu lagi. Saya biasanya akan kongsikan dengan keluarga dan peminat, tapi kini saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh. Melihat keadaan pandemik yang tidak menentu di negara ini hingga menjejaskan beberapa ekonomi jenama tempatan, saat inilah untuk kita menyokong produk tempatan kita agar dapat menjana ekonomi rakyat kita sendiri,” katanya.

    Tambahan lagi, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang. Apapun, saya amat menyokong perniagaan anak tempatan dan sudah lama berhasrat mahu memainkan peranan yang lebih besar dalam aspek itu.

    Baru-baru ini, Yuna dilantik sebagai wajah rasmi, myIOU iaitu sebuah syarikat ‘fintech’ dan kewangan digital. Dia berharap pelantikannya sebagai wajah rasmi myIOU dapat memberi kesedaran dan mesej kepada orang ramai.

    “Bagi saya, kerjasama dengan myIOU ini tiba pada masa yang tepat kerana saya memang mencari peluang untuk membantu usahawan tempatan demi kelangsungan perniagaan mereka.

    “Dengan adanya perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian yang ditawarkan oleh pihak myIOU, saya pasti ia dapat membantu bukan saja peniaga tetapi, pelanggan juga,” katanya.-MYMETRO.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Masyarakat Islam diseru pertahan prinsip agama yang menjadi tonggak keharmonian

    0
    KOTA SAMARAHAN, 25 FEBRUARI 2025: Masyarakat Islam di Sarawak perlu mempertahankan prinsip agama yang menjadi tiang utama kemakmuran manusia bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian...