More
    Home Sarawak Kuching YDPA Al-Sultan Abdullah perkenan Proklamasi Darurat di Sarawak dilanjutkan sehingga Februari 2022

    YDPA Al-Sultan Abdullah perkenan Proklamasi Darurat di Sarawak dilanjutkan sehingga Februari 2022

    KUCHING, 31 JULAI (SNN) : Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’In Billah memperkenan proklamasi darurat diteruskan di Sarawak sehingga 2 Februari 2022.

    Susulan itu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak juga akan ditangguhkan sehingga proklamasi darurat itu tamat. Proklamasi darurat itu telah dikeluarkan di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang yang diterbitkan dalam warta kerajaan pada Jumaat.

    Menurut warta tersebut, Seri Paduka Baginda bertitah, baginda berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit Covid-19.

    “Bahawasanya menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri Sarawak telah sepatutnya terbubar pada 7 Jun 2021, tetapi Fasal (3) Perkara 21 tidak mempunyai kesan menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 [P.U. (A) 12/2021] yang menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri.

    “Perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 mengikut Proklamasi Darurat [P.U. (A) 7/2021] yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri dikehendaki untuk diadakan dalam 60 hari dari 2 Ogos 2021 mengikut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak,” jelasnya.

    Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    Sehubungan itu, titah Seri Paduka Baginda, Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut baginda boleh mengeluarkan suatu proklamasi darurat untuk menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri untuk menghalang daripada terus merebaknya wabak Covid-19 jika pilihan raya umum diadakan.

    “Maka, oleh yang demikian, Beta, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada beta sebagaimana yang tersebut di atas mengisytiharkan bahawa suatu darurat besar sedang berlaku dan bahawa Proklamasi ini hendaklah meliputi seluruh Negeri Sarawak mulai 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022,” kata baginda lagi.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...