More
    Home Sarawak Betong 279 nelayan terima sumbangan input secara berperingkat daripada ADUN Kabong

    279 nelayan terima sumbangan input secara berperingkat daripada ADUN Kabong

    KABONG, 31 JULAI 2021 (SNN) : Seramai 279 orang nelayan yang terdiri daripada nelayan laut dan nelayan darat bakal menerima bantuan Input Nelayan berupa coolbox, pukat, bubu dan jaket keselamatan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Bin Kadir semasa hadir simbolik penyerahan bantuan di Pejabat Pertanian Daerah Kabong pada Jumaat berkata, sebelum ini sebanyak RM558,000.00 geran telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak bagi tujuan Bantuan Input Peralatan Nelayan (BIPPN) untuk kawasan DUN Kabong untuk membantu nelayan di kawasan berkenaan.

    “Pemberian bantuan ini kepada lebih 270 peserta akan diserahkan secara berperingkat dan diharapkan akan dapat membantu meniingkatkan hasil tangkapa para nelayan,” katanya.

    ADUN Kabong (kanan) menyerahkan bantuan kepada salah seorang wakil penerima bantuan

    Turut hadir sama Tuan Haji Mohd Rashdan Bin Haji Hazemi; Pegawai Daerah Kabong, Cik Nor Armiza Nawai; (Pegawai Pertanian Pembangunan Bahagian Betong), Cik Lieliana Lennie; (Penolong Pegawai Perikanan Bahagian Betong), Encik Sahariya Tahot; Pengurus PNK Kabong, Puan Jerina Binti Surathaman; Mewakili Pengurus PNK Gerigat, Penghulu Haji Sani Bin Mohamad, dan beberapa wakil penerima bantuan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...