More
    Home Sarawak Kuching Jambatan Rambungan dijangka siap Mac 2023 ini-Datuk Julaihi Narawi

    Jambatan Rambungan dijangka siap Mac 2023 ini-Datuk Julaihi Narawi

    LUNDU, 27 JULAI 2021 (SNN) : Sehingga ini kerja-kerja pembinaan Jambatan Rambungan yang memakan masa selama 36 bulan untuk siap dan hampir 11 peratus telah terbina dijangka akan siap sepenuhnya pada Mac 2023.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Rambungan yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johati Tun Openg pada 24 November 2019 lalu adalah tanda bermulanya projek pembinaan jambatan ini.

    Jambatan yang berkonsepkan “cable stayed dua lorong single carriageway” itu dibina dengan panjang 560 meter yang mana mempunyai 255 meter jalan tuju dari arah Kuching dan 560 meter dari arah Lundu. Pembinaan jambatan ini sudah pasti akan memudahkan urusan penduduk di sekitar Lundu dan Sematan yang turut memberi impak besar terhadap kemajuan sektor sosio-ekonomi penduduk.

    Datuk Julaihi (tengah) menunjukkan pelan kerja-kerja terkini Jambatan Batang Rambungan semasa lawatan ke tapak pembinaan pada Ahad

    Turut hadir sama Datu Haji Safri Haji Zainuddin Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD); Ir Roland Ting, Ketua Unit Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua JKR (CRSTRU); Encik Azrul Fitri Mohd Yusof, Pengurus Pembinaan (OPUS Consultant); Encik Kho Ai Ming, Jackson Sigar dan Encik Zhou Gau Shi Wakil Contractor Precious Credence JV dan para jurutera JKR dan Consultant OPUS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...