More
    Home 800 individu di Uganda disyaki disuntik air, bukan vaksin Covid-19

    800 individu di Uganda disyaki disuntik air, bukan vaksin Covid-19

    KAMPALA, 23 JULAI 2021 (SNN) : Siasatan pihak berkuasa Uganda menunjukkan 800 individu disuntik dengan air dan bukannya vaksin COVID-19, menurut laporan Agensi Anadolu.

    Pengarah Unit Pemantauan Kesihatan di Kediaman Rasmi Presiden, Warren Naamara dalam temu bual media berkata, dua jururawat sudah ditahan kerana terbabit dalam penipuan itu manakala seorang doktor kini diburu selepas melarikan diri.

    “Kita sudah menghantar vial (bebuli) yang disyaki mengandungi vaksin COVID-19 palsu kepada Direktorat Makmal Analitikal Kerajaan dan Lembaga Ubat-ubatan Kebangsaan (NDA) untuk analisis,” kata Naamara.

    “NDA menghantar sampel yang disyaki mengandungi sampel itu kepada Institut Serum India (SII) untuk analisis. SII mengesahkan bahawa kumpulan vaksin yang dihantar itu mengandungi air dan bukannya vaksin.”

    Beliau berkata, SII menegaskan bahawa bahawa ia tidak menghantarnya kepada Uganda dan mengesahkan bahawa label pada produk itu sudah dipalsukan.

    Makmal Analitikal juga mengesahkan bahawa vaksin itu adalah palsu.

    Laporan itu selepas pendedahan bahawa pihak berkuasa menerima maklumat bahawa suntikan vaksin COVID-19 palsu di hospital kerajaan pada Mei. Sebilangan pihak yang terbabit ditangkap dan sampel dihantar ke makmal untuk ujian.

    Seramai 800 pekerja yang menerima vaksin palsu itu adalah kakitangan syarikat swasta dan ia dibayar oleh oleh syarikat berkenaan.

    Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Uganda berkata, setakat ini, 90,656 kes COVID-19 disahkan di negara itu dengan 2,392 kematian.

    Seramai 1,427,897 orang daripada 44 juta penduduknya sudah divaksin. – BERNAMA

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...