More
    Home Pemandu van maut kereta terjunam dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Haji...

    Pemandu van maut kereta terjunam dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Haji Baki Kuching

    KUCHING, 17 JULAI 2021 (SNN) : Seorang pemandu van maut selepas kenderaan dipandunya terjunam dalam kejadian tanah runtuh di persimpangan jalan Kampung Haji Baki, Kuching, semalam.

    Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasa berhubung kejadian pada jam 12.39 pagi sebelum mengerahkan sebuah unit jentera bersama sebelas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi.

    Mangsa yang dikenali sebagai Chai Kian Fah, 63 tahun, maut selepas kenderaan dipandunya dengan nombor pendaftaran QME 7291 terjunam ke bahu jalan yang runtuh.

    Mangsa disahkan maut ditempat kejadian

    Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan berhati-hati ekoran terdapat runtuhan susulan di lokasi kejadian. Pasukan bomba akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas bagi memotong pintu kenderaan pada jam 1.59 pagi.

    Mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi dan mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...