More
    Home Lima tahun bersembunyi di China akhirnya pembunuh Bill Kayong berjaya ditangkap

    Lima tahun bersembunyi di China akhirnya pembunuh Bill Kayong berjaya ditangkap

    MIRI, 17 JULAI 2021 (SNN) : Selepas lima tahun melarikan diri dan bersembunyi di China seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana membunuh Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bill Kayong akhirnya berjaya ditangkap pihak polis semalam.

    Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, suspek bernama Koong Siang Ming@Batu Ming, 26 tahun, dibawa ke lokap Balai Polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri selepas diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miri oleh Unit Penerbangan Polis DiRaja Malaysia pada jam 1.55 petang.

    Tambah beliau, suspek terbabit difahamkan baru sahaja tiba dari China selepas diusir semula ke Malaysia oleh penguat kuasa negara terbabit berikutan pasport telah tamat tempoh.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori.

    Terdahulu, ahli politik PKR Bill Kayong mati ditembak pada 21 Jun 2016 ketika sedang memandu dan berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kuala Baram.

    Selepas insiden berkenaan suspek bertindak menyembunyikan diri dan difahamkan telah lari ke China selama lima tahun setelah polis mengenalinya sebagai salah seorang suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...