More
    Home Sarawak Samarahan Cadangan Projek Klinik baharu Sebangan tingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan penduduk

    Cadangan Projek Klinik baharu Sebangan tingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan penduduk

    Sebuyau, 14 JULAI 2021 (SNN) : Kawasan Sebangan dan sekitarnya di bawah pentadbiran Daerah Kecil Sebuyau memerlukan penambahbaikan fasaliti klinik seiring dengan perkembangan semasa kerana peranannya yang begitu penting dalam meningkatkan kualiti tahap kesihatan penduduk.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, Klinik Sebangan memerlukan kelulusan untuk penggantian penuh seiring dengan pertambahan penduduk dan perkembangan semasa yang memerlukan bangunan yang lebih besar dan kawasan yang strategik untuk penduduk Sebangan dan sekitarnya.

    “Semasa tinjauan saya bersama rombongan ke lokasi, tapak cadangan yang dikemukakan adalah di kawasan simpang empat Sebangan di mana terletaknya tapak Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) dan pasar baharu Sebangan kerana kedudukannya di tepi jalan pesisir.

    “Cadangan untuk tapak baharu Klinik Sebangan ini akan disampaikan kepada pihak pejabat Tanah & Survei dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipertimbangkan,” kata beliau ketika meninjau tapak cadangan klinik Sebangan pada Isnin.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menambah, dalam masa yang sama kita akan berusaha membantu menambah baik keadaan Klinik Sebangan yang sedia ada demi keselesaan rakyat kawasan Sebuyau khususnya Sebangan walaupun ianya adalah tanggungjawab di bawah kerajaan pusat.

    Ujar beliau, dalam masa terdekat ini usaha mengecat semula bangunan klinik akan dilakukan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Bahagian Samarahan dan perincian kerja-kerja mengecat akan dibuat bagi tindakan seterusnya.

    Tinjauan Datuk Julaihi ke PPV Sebangan bagi meliaht sendiri kelancaran program pemberian vaksin

    Terdahulu, pada sebelah pagi Datuk Julaihi Narawi bersama pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) Bahagian Samarahan yang diketuai Residen Samarahan, Tuan Haji Brahim Lumpu meninjau perjalan program imunisasi Covid-19 dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sebangan yang terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Sebangan.

    Suntikan dos kedua di PPV Sebangan yang terletak di Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebangan menyaksikan 2,200 dos vaksin akan disuntik kepada penerima bermula Ahad lalu sehingga Sabtu ini.

    Datuk Julaihi mengucapkan terima kasih kepada petugas di PPV Sebangan yang diketuai oleh Dr Nurul Huda Aziz dari KK Sebangan dibantu rakan-rakan doktor dan pembantu perubatan dari KK Sebangan dan Sebuyau, sukarelawan JKNS, Pegawai dan kakitangan pejabat daerah Sebuyau yang diketuai Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad dan kakitangan Pusat Khidmat ADUN N.27 Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...