More
    Home Sarawak Limbang Wanita dikhuatiri lemas semasa ambil batu di tepi sungai

    Wanita dikhuatiri lemas semasa ambil batu di tepi sungai

    LAWAS, 11 JULAI 2021 (SNN) : Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dipercayai hanyut dibawa arus ketika sedang menhambil batu di tepi sungai di Kampung Long Sukang, semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 4.35 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi kejadian.

    “Ketika kejadian mangsa Rabecca John, 24 tahun bersama adik iparnya Jenny Paris, 24 tahun, sedang mengambil batu ditepi sungai sebelum tiba-tiba muncul kepala air dari hulu sungai yang menyebabkan mangsa jatuh dan dibawa arus deras.

    “Bagaimanapun adik ipar mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung manakala mangsa masih hilang dan tiada sebarang petunjuk ditemui setakat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

    Jelasnya, Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa disambung semula hari ini dan turut dibantu oleh penduduk kampung di situ.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...