More
    Home Sarawak Limbang Kerjasama KMKK diperlukan bantu masyarakat tercicir dari penerimaan vaksin-Awang Tengah

    Kerjasama KMKK diperlukan bantu masyarakat tercicir dari penerimaan vaksin-Awang Tengah

    LIMBANG, 29 JUN 2021 (SNN) : Kerjasama dari Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) amat diperlukan bagi memastikan masyarakat yang tercicir daripada menerima vaksin Covid-19 dapat diatasi sebagai usaha mencapai matlamat kerajaan mewujudkan Kelompok Imuniti menjelang bulan Ogos ini.

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amat Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, mereka yang tercicir dapat diberi perhatian yang sewajarnya dengan adanya kerjasama daripada KMKK bagi membolehkan mereka ini menerima suntikan vaksin melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak pergi ke tempat mereka tinggal.

    Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau ini, kita akan bergerak untuk memastikan mereka yang tercicir dan tidak mempunyai pengangkutan atau tiada keupayaan untuk bergerak dapat menerima suntikan vaksin Covid-19.

    Oleh itu, kita minta kerjasama daripada pemimpin masyarakat, ketua kampung, tuai rumah untuk melaporkan siapa yang tidak berupaya untuk datang ke tempat pemberian vaksin dan kita akan arahkan petugas kesihatan pergi ke tempat berkenaan.

    Beliau berkata sedemikian semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kebudayaan Persatuan Bisaya pada Khamis lalu.

    Datuk Amar Awang Tengah hadir dan disambut oleh doktor yang ditugaskan mengetuai proses pemberian vaksin di PPV Dewan Kebudayaan Persatuan Bisaya

    Tambah beliau, setakat 24 Jun lalu seramai 2,356 individu atau 67 peratus daripada 3,516 orang jumlah keseluruhan penduduk di 55 buah lokaliti disasarkan telah menerima suntikan vaksin. Daripada jumlah itu, 32 buah kampung, tujuh buah rumah panjang, dan sebuah kawasan ladang telah mendapat suntikan vaksin manakala baki 9 buah kampung lagi belum mendapat vaksin Covid-19.

    Sementara itu, beliau yang juga ADUN Bukit Sari mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan MyVac yang terdiri daripada belia yang turut membantu melancarkan proses pemberian vaksin di PPV Dewan Kebudayaan Persatuan Bisaya ini yang disifatkan sebagai salah satu cara terbait berbakti kepada masyarakat.

    Turut hadir sama Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota; Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau; Paulus Palu ak Gumbang, Residen Bahagian Limbang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang; Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA); Dato Ubaidillah Abdul Latif, Pegawai Daerah Limbang; Superi Awang Said dan Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang; Dr. Norliza Jusoh.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...