More
    Home Ibu Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Meninggal Dunia

    Ibu Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Meninggal Dunia

    KUCHING, 17 JUN 2021 (SNN) : Ibu kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen P200 Batang Sadong, Hajah Bibi MacPherson @ McPherson, 90 menghembuskan nafas terakhir pada jam 1154 malam tadi di kediaman Dato Sri Hajah Nancy Shukri di Kuching, Sarawak.

    Allahyarhamah Bibi MacPherson merupakan anak pertama daripada dua beradik dari pasangan John Andrew McPherson, Residen Kapit berketurunan British Scottish semasa pemerintahan Rajah Sir Vyner Brooke, dan ibunya, Chua Eng Dok berbangsa Cina Iban dari Kapit.

    Allahyarhamah semasa berusia 11 tahun diselamatkan oleh seorang wanita Melayu dikenali sebagai Rokiah ketika ayahnya dibunuh tentera Jepun semasa dalam perjalanan untuk menyelamatkan diri di Batang Ai.

    Allahyarhamah dibesarkan di Kampung Panglima Seman Lama, Kuching sebelum berkahwin dengan seorang guru berbangsa Melayu Melanau dari Santubong, Haji Shukri Mahidi pada tahun 1948 dan dikurniakan 11 orang anak. Dato Sri Hajah Nancy merupakan anak ke 10.

    Sepanjang hayatnya, beliau telah bergiat aktif dan menyumbang bakti kepada wanita di kawasan luar bandar melalui Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) serta aktif dalam politik wanita Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penerbitan Buku ‘Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak’ perkukuh pemahaman dan budaya...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2025 (SNN): Penerbitan buku berjudul 'Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak' bertujuan untuk mendokumentasikan adat resam masyarakat Melayu Sarawak dengan penekanan kepada...