More
    Home Tiada Jemaah Haji dari Malaysia tahun ini-Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri

    Tiada Jemaah Haji dari Malaysia tahun ini-Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri

    PUTRAJAYA, 13 JUN 2021 (SNN) : Kerajaan Malaysia akur dan menghormati keputusan yang diambil oleh Kerajaan Arab Saudi Arabia yang memutuskan untuk menghadkan jumlah jemaah haji pada Musim Haji 1442 Hijrah. Hanya rakyat serta warganegara lain yang berada di Arab Saudi sahaja dibenarkan menjalankan ibadah haji berikutan wabak Covid-19.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan berkata, beliau mendapat makluman berhubung perkara tersebut daripada Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdelfattah Sulaiman Mashat, hari ini.

    “Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Timbalan Menteri Haji Arab Saudi dan menjelaskan keputusan yang diambil Kerajaan Arab Saudi untuk menghadkan jumlah jemaah haji yang hanya membenarkan rakyatnya sahaja disebabkan oleh situasi semasa pandemik Covid-19 membimbangkan.

    “Perkara tersebut turut diterima oleh Menteri Luar, Datuk Hishammuddin Tun Hussein daripada rakan sejawatnya, Yang Mulia Putera Faisal Farhan Al Saud susulan kenyataan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi yang dikeluarkan tepat jam 6.10 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Oleh itu, Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H kali ini dan memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang amat cinta dan rindukan dua Tanah Suci di atas keputusan ini. Sesungguhnya hifz al-nafs (memelihara nyawa) adalah salah satu daripada prinsip Maqasaid Syariah yang sentiasa dijunjung oleh Kerajaan Malaysia dalam mengambil sebarang keputusan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...