More
    Home Sarawak Samarahan Penduduk Kampung Jaie diarah jalani PKPD bermula 3 Jun 2021

    Penduduk Kampung Jaie diarah jalani PKPD bermula 3 Jun 2021

    ASAJAYA, 05 JUN 2021 (SNN) : Kira-kira 2344 orang yang terdiri dari 286 keluarga di Kampung Jaie diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 3 Jun hingga 16 Jun 2021.

    Arahan PKPD yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak ke atas kampung berkenaan dibuat selepas berlaku peningkatan kes tempatan covid-19 seiring peningkatan kes di seluruh Sarawak semakin meningkat.

    Sejak Jumaat lalu, tujuh sekatan jalan raya (SJR) di laksanakan di situ bagi mengawal jalan keluar masuk ke kawasan kampung. Manakala hasil tinjauan media UKAS turut mendapati penduduk kampung berada dalam keadaan terkawal di mana pergerakan mereka berkurangan berbanding hari-hari biasa sebagai langkah berjaga-jaga dari jangkitan wabak.

    Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Samarahan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Samarahan turut menghulurkan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung sebagai bekalan sepanjang tempoh PKPD berkuatkuasa.

    Sehubungan itu, JPBB menasihati penduduk kampung untuk sentiasa mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan serta memberi kerjasama yang baik kepada petugas barisan hadapan semasa membuat ujian saringan sepanjang tempoh PKPD.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan bekalan air akan disalurkan segera oleh LAK & JBALB sehingga...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2024 (SNN): Lembaga Air Kuching (LAK) dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan menggerakkan lapan buah lori tangki...