More
    Home Sarawak Samarahan PKPD; 450 penduduk Kampung Tanjung Klaso jalani PKPD selama 14 hari

    PKPD; 450 penduduk Kampung Tanjung Klaso jalani PKPD selama 14 hari

    SIMUNJAN, 30 MEI 2021 (SNN) : Berikutan terdapat beberapa individu dikesan positif covid-19 sejak beberapa hari lalu seramai 450 penduduk Kampung Tanjung Klaso, Sadong Jaya diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 28 Mei hingga 10 Jun 2021.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Samarahan menasihati agar penduduk kampung di situ untuk sentiasa mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan juga memberi kerjasama hang baik kepada petugas barisan hadapan sepanjang tempoh PKPD berkuatkuasa bagi mengekang penularan wabak covid-19.

    Setakat hari ini, bantuan bakul makanan telahpun diagihkan kepada setiap isi rumah yang terjejas ekoran tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan rumah masing-masing sehingga tempoh PKPD ditamatkan.

    Tinjauan media UKAS juga mendapati penduduk kampung berkenaan telahpun menjalani ujian saringan covid-19 selepas dilaporkan kes jangkitan tempatan yang terus meningkat yang berpunca daripada aktiviti ziarah Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...