More
    Home Lain-lain Perintah Gaji Minimum 2020 akan dikaji semula-Perdana Menteri

    Perintah Gaji Minimum 2020 akan dikaji semula-Perdana Menteri

    PUTRAJAYA, 01 MEI 2021 (SNN) : Perintah Gaji Minimum 2020 yang dilaksanakan sejak awal tahun lalu akan dikaji semula bagi meningkatkan polisi dan memastikan ia kekal relevan mengikut tahap sosioekonomi semasa rakyat di negara ini.

    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedia maklum mengenai isu yang timbul berkait dengan gaji minimum rakyat di negara ini dan kita akan berusaha untuk memperbaikinya pada masa akan datang bagi memastikan taraf hidup rakyat terjaga.

    “Oleh hal demikian, saya meminta dan berharap agar siapa sahaja yang ingin menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing bolehlah menyertai dalam perbincangan ini dengan menggunakan platform yang disediakan,” kata beliau semasa berucap dalam Perutusan Khas Semperna Hari Pekerja 2021 di sini hari ini.

    Tambah beliau, sejak negara dilanda wabak covid-19 pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat mempunyai peluang pekerjaan yang luas seperti penyediaan perkhidmatan pekerjaan melalui Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara (MYFutureJobs), pusat sehenti, Karnival Pekerjaan secara bersasar dan sebagainya.

    “Sejak dilaksanakan sehingga setakat 16 April lalu, kita mendapati seramai 30,377 individu telah berjaya mendapat pekerjaan masing-masing melalui pelaksanaan program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) dan dari jumlah berkenaan seramai 27,503 pemohon ditempatkan dalam sektor awam manakala selebihnya ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya,” kata beliau lagi.

    Ujarnya, kerajaan sekarang sedang berusaha dalam proses menambah baik dan meminda undang-undang perburuhan seperti Akta Kerja 1955 dengan meluaskan skop pemakaian kepada semua pekerja dalam sektor swasta yang merangkumi had skop pemanjangan cuti bersalin, cuti peternity selama tiga hari, dan tambah baik amalan kerja dan kehidupan yang lebih seimbang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...