More
    Home Sarawak Samarahan Program Agihan Bubur Lambuk ADUN Sebuyau diteruskan di Kampung Sampat

    Program Agihan Bubur Lambuk ADUN Sebuyau diteruskan di Kampung Sampat

    SEBUYAU, 28 APRIL 2021 (SNN) : Program Ramadhan Pusat Khidmat ADUN Sebuyau diteruskan dan kali ini dilaksanakan di Kampung Sampat, Sebangan walaupun dengan bilangan yang hadir dihadkan namun tetap berjaya dilaksanakan.

    Program kali ini melibatkan sebanyak 133 bungkusan bubur lambuk bersama buah kurma dan telah diagihkan kepada setiap rumah di Kampung Sampat pada Selasa berwakilkan Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

    Agihan bubur lambuk dan kurma sebelum diserahkan kepada penduduk kampung

    Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti itu yang dijalankan pada setiap tahun diharapkan dapat memberi suntikan dan semangat kepada penduduk kampung dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan ramadhan ini.

    Penduduk kampung tersebut berharap agar program seperti ini terus dilaksanakan serta mendoakan agar musibah wabak Covid-19 ini segera berakhir agar dapat melakukan aktiviti seharian seperti normal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...