More
    Home Sarawak Samarahan Peniaga di sekitar pekan Sebuyau patuh SOP yang ditetapkan

    Peniaga di sekitar pekan Sebuyau patuh SOP yang ditetapkan

    SEBUYAU, 17 APRIL 2021 (SNN) : Kesemua pemilik dan peniaga di premis perniagaan sekitar pekan Sebuyau mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha bersama-sama mencegah penularan wabak covid-19.

    Hal tersebut dinilai dan dipantau sendiri oleh pihak polis dan pasukan RELA sebuyau dalam satu operasi memantau pematuhan SOP di pekan Sebuyau pada Jumaat yang betujuan untuk mendedahkan rakyat supaya fokus kepada tahap pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Hasil daripada operasi terbabit mendapati keadaan di kawasan berkenaan amat memuaskan dan dalam keadaan terkawal di mana hampir semua pemilik premis yang telah diperiksa mematuhi SOP yang ditetapkan.

    Dalam pada itu juga, hampir di setiap kedai sudahpun menggunakan kod imbasan QR untuk memastikan setiap pelanggan yang datang mengisi butiran peribadi sebelum memasuki premis perniagaan sebagi langkah pengesanan kontak jika berlaku kes positif di kawasan terbabit.-SUMBER UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...