More
    Home Sarawak Samarahan Kawasan Kampung di DUN Sebuyau terus terima projek pembangunan RTP

    Kawasan Kampung di DUN Sebuyau terus terima projek pembangunan RTP

    SEBUYAU, 03 APRIL 2021 (SNN) : Beberapa kawasan kampung yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau akan terus menikmati pelbagai kemudahan infrastruktur di bawah pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021.

    Menurut Pegawai Tadir Sarawak, Sebuyau, Ajis Ahmad, tujuan pihaknya kali ini mengadakan lawatan ke beberapa tempat di tapak projek RTP adalah untuk membuat penilaian teknikal serta berjumpa dengan ketua-ketua kaum di kampung yang terlibat supaya pelaksanaan projek berkenaan dilaksanakan mengikut keperluan orang-orang kampung.

    Tambah beliau, pelaksanaan projek di bawah RTP ini adalah melibatkan projek naik taraf dan bina semula kemudahan yang ada di kawasan kampung yang terlibat sebagai contoh projek naik taraf Dewan Kampung Skitong Ulu bernilai RM150,000, naik taraf Balairaya Kampung Arus Iban bernilai RM100,000 dan bina baharu Pusat Penjaja Kampung Lumut yang bernilai RM100,000.

    Rombongan yang disertai bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Samarahan turut berkesempatan mengadakan lawatan ke tapak bina baharu Dewan Kampung Mambai, naik taraf perkarangan Dewan Kampung Senayang dan naik taraf Tabika Kemas Kampung Hulu Sebuyau sebelum berangkat pulang.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...