More
    Home Sarawak Samarahan Kerajaan PN sedia keluarkan dana yang besar untuk bantu rakyat yang terkesan...

    Kerajaan PN sedia keluarkan dana yang besar untuk bantu rakyat yang terkesan sepanjang pandemik-Perdana Menteri

    KOTA SAMARAHAN, 02 APRIL 2021 (SNN) : Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Nasional (PN) bersedia untuk mengeluarkan sejumlah dana yang besar bagi meneruskan usaha membantu dan melindungi nyawa rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

    Berucap pada majlis, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan terpaksa mengambil langkah komprehensif bagi mengimbangi dan melindungi nyawa rakyat serta ekonomi yang mengucup akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia sejak awal tahun 2020 lalu.

    Sepanjang pandemik ini melanda negara kerajaan pusat telah membelanjakan dana hampir RM8 bilion bagi menyelesaikan masalah berkaitan covid-19 walau bagaimanapun dana berkenaan adalah tidak termasuk dengan pembelian vaksin Covid-19 untuk melindungi rakyat di negara ini daripada terkena musibah terbabit.

    “Sebelum ini saya telah mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bersama Menteri Kesihatan Dato Sri Dr. Adham Baba bagi merunding dengan segera kepada pembekal-pembekal vaksin seperti Pfizer, Sinovac, Sinofarm, Zenif dan yang terkini Johnson&Johnson bagi memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk semua rakyat dan bukan rakyat yang ada di negara ini.

    “Rundingan berkenaan telahpun selesai dengan mengikat kontrak bekalan vaksin Covid-19 dengan tempahan 150 peratus daripada jumlah populasi rakyat Malaysia dan ini adalah tanggungjawab kerajaan bagi memastikan kesihatan serta nyawa rakyat di negara ini terjamin,” kata beliau semasa Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Masyarakat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGTAR), Kota Samarahan, di sini, hari ini.

    Perdana Menteri dan Menteri Sarawak hadir disambut oleh ketua-ketua masyarakat Kota Samarahan di Dewan IPGTAR.

    Jelas beliau, usaha ini sudahpun nampak keberkesanannya dan diharapkan dengan langkah dan usaha ini agar kita dapat kembali di kehidupan seperti biasa sebelum wabak berkenaan menyerang negara.

    Turut hadir sama isteri beliau; Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sarawak; Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Ketua Menteri Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak; Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Kota Samarahan; Rubiah Wang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi Sarawak); Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kehormat lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...