More
    Home Sarawak Serian Gagal memotong, penunggang motosikal maut digilis lori

    Gagal memotong, penunggang motosikal maut digilis lori

    SERIAN, 25 MAC 2021 (SNN) : Tindakan penunggang sebuah motosikal cuba memotong sebuah lori berakhir tragedi selepas gagal memotong sebelum digilis di Kilometer 65, Jalan Kuching-Sri Aman sekitar jam 3 petang semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, 44 tahun, yang cuba memotong sebuah lori itu namun gagal sebelum digilis dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

    “Menurut laporan hasil siasatan awal mendapati mangsa cuba memotong lori berkenaan yang hendak masuk ke simpang kanan berhampiran tapak pembinaan jalan Bukit Rasau namun gagal sebelum dilanggar lori tersebut.

    “Disebabkan itu, mangsa terperosok di abwah lori sebelum digilis lori yang masuk ke simpang kanan jalan berkenaan. Mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi oleh pasukan perubatan yang datang di lokasi,” kata kenyataan itu.

    Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Jelasnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Manfaatkan tanah NCR sebaik mungkin jangan dijual demi keuntungan sementara-Awang Tengah

    0
    BAU, 29 NOVEMBER 2024: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak berjaya menyukat secara perimeter seluas lebih kurang 1,168,123 hektar (2.8 juta ekar) tanah Hak...