More
    Home Sarawak Samarahan Projek Jalan Pesisir Pakej A-3 Sadong Jaya-Jalan Sungai Buloh Dijangka Siap Penghujung...

    Projek Jalan Pesisir Pakej A-3 Sadong Jaya-Jalan Sungai Buloh Dijangka Siap Penghujung Oktober 2021

    SADONG JAYA, 13 MAC 2021 (SNN) : Projek Naik Taraf Jalan Pesisir Pakej A-3 Seksyen 1 Jalan Sadong Jaya-Sungai Buloh di Bahagian Samarahan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Oktober 2021 ini.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek naik taraf jalan dan baikpulih sepanjang lapan kilometer dari Sadong Jaya hingga ke Jambatan Batang Sadong/Jambatan Sungai Buloh itu menelan kos sebanyak RM9 juta lebih dan dijangkakan akan siap sepenuhnya menjelang Oktober nanti.

    “Lawatan yang dilakukan hari ini adalah bertujuan bagi melihat perkembangan pelaksanaan projek yang dirancang oleh Kerajaan Sarawak bagi memberi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan pesisir ekoran jalan ini menjadi jalan alternatif utama bagi memendekkan tempoh perjalanan selain menggunakan Jalan Pan Borneo.

    “Pakej PA-3 ini merupakan salah satu daripada 23 pakej baik pulih jalan yang sedia ada yang akan melengkapkan kesemua komponen baikpulih jalan pesisir dan projek ini dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera sahaja dengan ditender secara terbuka,” kata beliau dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke tapak projek jalan pesisir di Sadong Jaya di sini, hari ini.

    Datuk Julaihi (tengah) menjelaskan projek baik pulih jalan pesisir akan dibuka tender kepada kontraktor bumiputera yang jumlahnya meliputi 23 pakej sluruh Sarawak

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, berharap pihak kontraktor yang diamanahkan dapat menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan supaya dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalan tersebut setelah siap kelak.

    Turut hadir sama dalam lawatan adalah Timbalan Ketua Mebteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli; Datuk Amar Awang Tengah Bin Ali Hasan, ADUN Sadong Jaya; Aidel Bin Lariwoo, ADUN Simunjan; Awla Bin Idris, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan; Datu Haji Safri Bin Haji Zainudin, Ketua Unit Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua (JKR Sarawak); Encik Roland Ting Ka Swee, wakil kontraktor (OPUS Concultants); Ir. Christopher Liew Ngien Ngian dan pegawai-pegawai pengiring yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...