KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada awl pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.26 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi.
“Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Jemiran Kemis dikerah ke lokasi bersama 14 anggota yang tiba ke lokasi mengesahkan satu kejadian kebakaran sedang berlaku memusnahkan 80 peratus struktur binaan rumah pekerja di situ.
“Pihak mereka terpkasa memohon bantuan jentera dari balai berdekatan dan dimaklumkan bahawa tekanan air di kawasan tersebut juga rendah yang menyukarkan aktiviti pemadaman yang memaksa pihaknya menggunakan Tangki Air Prime Mover BBP Petra Jaya bagi membantu memadam apir kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, dikatakan hampir 130 pekerja yang tinggal di tempat terbabit hanya tinggal sehelai sepinggang kerana api merebak terlalu cepat.
Ujarnya, kerja-kerja memadam kebakaran yang turut dibantu sepasukan bomba BBP Padungan dengan kekuatan anggota seramai 13 orang diketuai PBK II Abu Bakar Hamdan itu berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4 pagi dan siasatan punca kebakaran masih dijalankan.