KUCHING, 15 OGOS 2020 (SNN) : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini dalam satu kenyataan media harian mengumumkan Kluster Pusat Perubatan tamat selepas 28 hari tiada kes positif dikesan.
Kesemua kes dari kluster itu telah mendapat rawatan dan telah pun pulih dan discaj dari hospital. Kali terakhir yang telah pulih dilaporkan pada 2 Ogos 2020.
Turut dimaklumkan juga Sarawak hari ini sifar kes positif covid-19 menjadikan jumlah kes aktif keseluruhan kekal 682 kes.
